Putaran Semalam

0 comments

Lokasi : Dewan Seri Melati, Presint 3, Putrajaya
Pengerusi Majlis di Majlis Perkahwinan Firdaus Azman (TJ)






Teks Pengacara Majlis Perkahwinan

0 comments

Sekadar berkongsi dengan kalian.


TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERKAHWINAN MOHD FIRDAUS AZMAN & NOR KHALIDA MAKMOR
DI DEWAN SERI MELATI, PRESINT 3, PUTRAJAYA.
6 FEBRUARI 2010

PENGERUSI MAJLIS : MUHAMAD KHAIRUL ANWAR BIN MAT AZIDIN



Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

(KOMPANG DIMAINKAN) – 8 Minit

Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;
Mohd Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor.

(SELAWAT – AF Ustaz Ahmed Nashrul Bin Khalip) – 3 Minit

(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin)

Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

Allah swt berfirman di dalam surah Al-Rum ayat 21:
Maksudnya

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan - keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.



Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati __________________________________________________________ selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; Mohd Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Saya, Muhamad Khairul Anwar Bin Mat Azidin, pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan Mohd Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua (nada rendah ke tinggi)
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh AF Ustaz Ahmed Nashrul Bin Khalip.

Dipersilakan.

(BACAAN DOA – 5MINIT)

Terima kasih diucapkan kepada AF Ustaz Ahmed Nashrul Bin Khalip di atas bacaan doa sebentar tadi.

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan ketika sama-sama menuntut di Kolej IKRAM, Bangi. Selangor Darul Ehsan. Perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta di dalam hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada _________________. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis air mawar.

(GAMELAN DIMAINKAN)

Dengan itu, saya menjemput :
(Nama dan gelaran dalam keluarga)

Yang pertama –

Seterusnya –

3 –

4 –

5 –

6 –

7 –

8 –

9 –

10 –

Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.

Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan.

(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA)
PENGANTIN DUDUK

Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan


Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

SELANG MASA 30 SAAT

Bagi mengisi ruang dan waktu ketika ini, marilah kita sama – sama menonton persembahan layar yang telah disediakan.

SLIDESHOW DITAYANGKAN
10 MINIT
SLIDESHOW TAMAT

Demikianlah tadi, persembahan layar yang memuatkan gambar – gambar pasangan mempelai yang kita raikan ini dari zaman kanak – kanak sehinggalah mereka dewasa dan seterusnya menjadi suami dan isteri.


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan pengantin lelaki, Mohd Firdaus Bin Azman dengan diiringi oleh pengantin perempuan, Nor Khalida Binti Makmor untuk ke pentas bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

PENGANTIN BERUCAP
5MINIT

Terima kasih diucapkan kepada pengantin lelaki, Mohd Firdaus Bin Azman, yang turut mewakili pengantin perempuan, Nor Khalida Binti Makmor, di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua – dua mempelai untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

PENGANTIN MEMOTONG KEK
(15MINIT)


Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.






Teks ini diubahsuai oleh : Muhamad Khairul Anwar Bin Mat Azidin







Atas - Tengah - Bawah

0 comments

Penangguhan itulah yang menyebabkan krisis semakin teruk. Yang di atas kehilangan sokongan dari yang di bawah. Yang di bawah terlalu mendesak untuk penggantian segera yang di atas. Aku yang di tengah - tengah tersepit. Beberapa agenda gagal dijalankan secara konsisten. Mobilisasi yang tak seberapa menyebabkan banyak perkara turut terkena tempiasnya. Yang dipersalahkan? Macam biasalah. Orang bawahan yang mengharapkan sedikit pembelaan. Kekuasaan itu adakala menambahkan keegoan manusia. Namun bukan lah semua. Ada juga yang semakin tawadhu' dengan kekuasaan. Menginsafi tanggungjawab berat yang perlu dipikul.

Selaku orang tengah, membiarkan keadaan ini juga amatlah tidak baik. Menyibuk sangat pun tidak boleh. Menyuarakan isi hati golongan marhaen adalah perlu. Merekalah yang akan menentukan. Tetapi, bagaimana isi hati orang atasan?

Cabaran Baru

2 comments

Sejak akhir - akhir ini, ramai pula yang menghubungi aku untuk melantik aku sebagai pengerusi majlis juga dikenali dengan Master of Ceremonies (MC). Wah, ini betul - betul cabaran baru. Kerja sampingan yang menarik.

Sabtu ini juga akan menjadi MC bagi sebuah majlis resepsi di Dewan Presint 3, Putrajaya. Kawan baik yang kahwin. Jadi, tiada bayaran dikenakan.

Mac ini diminta untuk menjadi MC bagi satu slot dalam sebuah pameran kesenian.

Kelmarin sudah selesai urusan perjanjian dilantik sebagai MC untuk sebuah majlis kenduri kahwin pada bulan MEI. Bayarannya menarik untuk seorang yang amatur seperti aku.

Jun ini juga akan menjadi MC bagi acara Battle Of The Band. Bayaran untuk majlis ini juga sukar ditolak.

Seterusnya?

11 - 14 Mac 2010 - Arts & Photography Fair

0 comments


Klik untuk besarkan imej.

Pelawaan

0 comments

Beberapa minggu lalu, saya bertemu dengan Encik Mustapa Mansor untuk diskusi santai mengenai keadaan umat Islam di seluruh dunia. Beliau yang merupakan Pengerusi NGO Ikatan Kebajikan Rakyat (IKRAR) dan tenaga penggerak NGO E - Relawan Jama'iy International menghadirkan rasa risau dan gusar dengan keadaan umat Islam yang semakin dihimpit dan ditindas dengan pelbagai cara. Isu - isu yang termasuk dalam diskusi tersebut ialah penindasan terhadap umat Islam di Palestin, Narathiwat, Yala, India, Pakistan dan beberapa negara lain termasuk Malaysia.

Beliau yang aktif dengan aktiviti kemasyarakatan membantu umat Islam di seluruh dunia, kini dalam proses membentuk dan mengaktifkan jaringan permuafakatan NGO - NGO di Malaysia. Beliau turut menjemput saya untuk menyertai NGO tersebut dan menggerakkan peranan NGO di Kuala Lumpur. Sehingga kini, beliau dan penggerak NGO tersebut lebih menumpukan kepada usaha - usaha jemaah di Kedah dan Perak. Manakala di negeri - negeri lain masih dalam peringkat penubuhan.

Setelah beberapa kali menilai dan mengkaji peranan NGO tersebut, ternyata ianya suatu dimensi baru yang matlamatnya hanya untuk menjaga kebajikan umat Islam. Ini kerana keseriusan dan keikhlasan mereka jelas memberi kekuatan kepada NGO tersebut. Sebelum ini juga, beberapa wakil NGO lain turut mempelawa saya untuk melibatkan diri bersama mereka. Namun, atas beberapa sebab tertentu, saya langsung tidak berminat.

InsyaAllah, pertemuan susulan dengan Encik Mustapa Mansor akan diadakan tidak lama lagi. Saya akan cuba memberi idea awal sekadar termampu dalam merencanakan agenda membela kebajikan umat Islam.

Artis, lupakanlah fesyen Bohemian

1 comments


Herman Samsudeen



Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyeru kepada artis-artis Islam di Malaysia supaya meninggalkan fesyen Bohemian dan pelbagai lagi fesyen yang pelik-pelik yang tidak menggambarkan jati diri mereka yang sebenar.

DPPWP berasa sedih kerana ketidakfahaman yang dilalui oleh ramai artis Malaysia menjadikan mereka begitu mudah terjebak dengan industri fesyen yang makin mengarut hari ini.

Sebagai umat Islam dan tokoh umum, mereka sewajarnya menunjukkan contoh dan pemakaian yang baik agar tidak mengundang fitnah kepada diri serta masyarakat Islam umumnya.

Dunia fesyen hari semakin jauh menyimpang dan kebanyakannya mengeksploitasi artis Malaysia yang dilihat berpakaian tetapi sebenarnya telanjang (tidak menutup aurat) seperti yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Setiap umat Islam mempunyai hak untuk memakai apa sahaja, tetapi Islam juga mempunyai hak ke atas mereka untuk mendidik kod etika berpakaian yang betul agar mereka tidak disamakan dengan artis yang bukan Islam.

Allah berfirman dalam Al-Quran: "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." [Al Ahzab 33:59].

Sesungguhnya, telah banyak peringatan yang Allah beri, tetapi mungkin artis-artis ini tidak tahu, oleh itu menjadi kewajipan untuk DPPWP menegur mereka dan berkongsi peringatan dari Rasulullah kepada anaknya iaitu:

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya" [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sesungguhnya Islam tidak melarang fesyen untuk wanita Islam tetapi biarlah fesyen itu melindungi mereka daripada fitnah dan bahaya jenayah rogol.

DPPWP memahami bahawa dunia artis merupakan periuk nasi mereka, tetapi janganlah kerana keperluan itu mereka sanggup untuk dieksploitasikan sedemikian rupa.

Daripada Aisyah bahawa Nabi bersabda:

"Barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka dia akan dicukupkan perbelanjaan manusia dan barangsiapa yang mencari kemarahan Allah dengan relanya manusia nescaya dia diserahkan oleh Allah kepada manusia."

Maka DPPWP sekali lagi mengajak artis-artis Malaysia agar kembali menjadi contoh mukmin dan mukminah yang baik bagi mengangkat martabat diri mereka dan umat Islam keseluruhannya.


Herman Samsudeen timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Art & Photography Fair 2010

1 comments



Acara ini telah DITUNDA pada BULAN MAC



Booth 10' x 10'
Sebuah booth berharga RM3500 (kelengkapan lain akan diberitahu ketika taklimat)

Acara :

Photography Trade Fair
Photography Workshop
Children Photography Contest
Shoot Out Contest
Colouring Contest

Untuk pertanyaan dan tempahan booth, sila hubungi :
Khairul : 012 - 5757 727
Fadly : 012 - 4422 610


Teman Tapi Mesra

0 comments

TEMAN JER BUKAN NYER BEBENO....
versi PERAK
(nyanyi dengan muzik Teman Tapi Mesra - Ratu)

Keme ader kawan
Kawan keme gemo bebeno
maner keme pegi dia pasti nyendoi.
Kawan keme nie cukup hensom
pandai bebeno pulak tu,
ater gemo betui dia bertandang
nolong keme

sekarang keme udah penin
bila dia kabo dia syok kat keme
dia labun nak buat
keme nie gilprend dia.

cukup ler setakat
berseloghor dengan keme
jangan ler berlabun yang bukan2
tak terhingin keme kat mike tu..
kita berteman udahler
berteman tapi bukan bebeno.
keme suka bebeno kawan jer dengan mike
sebab keme dah ada boyprend lain
kita berteman jer udah lerr...
kita berteman ok!
berteman jer bukan nyer bebeno...


::aku terjumpa lirik ni. Lawak pulak!

Merantau

0 comments

Tahniah Skuad Emas!

0 comments





TAHNIAH SKUAD BOLASEPAK MALAYSIA!

Adakah Rajagopal akan mendapat Datuk?

Terimalah pujian yang melambung setelah makian yang menggunung.

Malaysia v Vietnam

0 comments


Perlawanan Akhir Bolasepak SUKAN SEA 2009

Malaysia vs Vietnam
6 petang

Salam Ma'al Hijrah 1431

0 comments



Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1431H.

Semoga permulaan kalendar Islam ini akan menguatkan azam dan semangat kita untuk terus melakukan sesuatu yang bermanfaat demi Islam.

Penghijrahan Demi Rakyat

0 comments

Terkini Kes Pecah Cermin Kereta

0 comments

Terkini dari kejadian pecah cermin kereta. Maklumat yang diterima, sudah 3 orang kawan telah mengalami kejadian yang sama, di tempat yang sama, cermin kereta dipecahkan dan beg hilang. Itu yang diketahui, bagaimana pula nasib yang lain - lain. Berapa banyak kereta yang dipecahkan setiap hari?

Kami sedang merancang untuk membuat tindakan seperti menyebarkan flyers dan lain - lain kerana pihak polis telah menerima beberapa laporan beberapa minggu tentang kejadian pecah cermin kereta di jalan tersebut tetapi masih tiada sebarang usaha yang di ambil.

Hati - Hati! Beringat sebelum kena!